|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
Visit to Darul Quran (DQ) JAKIM, Kuala
Kubu
Alhamdulillah, the trip to DQ on Saturday
2-Jun-2007, jointly organised by Persatuan Tahfiz Al-Amin (PETA)
and ATACE, went well. In fact it went so smoothly that
we were overwhelmed with the feelings of gratitude to Allah
the Almighty. We managed to get the bus at the very last
minute--it was only confirmed at 9pm the night before the
trip--and the busses (we got a blue "Bas Pekerja" in the
morning and "Bas Pesiaran" in the evening) took us to and
fro DQ in comfort and style.
Only a handful of the ATACE students joined the trip--"...
those chosen by Allah," aptly put by the YDP of Persatuan
Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT) in his welcoming speech.
Apart from ATACE teachers (Ustz Roslina,
Ust Amin, Ust Abubakar, Ustz Naim, Ustz Nailah) who came
along, we were lucky to have some SMIAA Alumni sisters, who
have just completed their certificate courses in the DQ,
volunteering their time to accompany their brothers and
sisters during the trip. The SMIAA Alumni sisters, who are
still studying at the DQ, were also there when our bus
arrived and they came out in force to meet ATACE students.
May Allah reward them for their initiatives.
PERKEMAT hosted the visit. They inspired ATACE students with
their speeches and exemplary characters. Special thanks we
dedicate to the YDP, Br Zool Amali, the YDibah Sis Zila, the
MC/Secretary, Br Muaz, and all the facilitators of the
PERKEMAT.
The Vise President of PETA, Br Abdullah Hafidz, played his
role well. He gave outstanding intro and parting speeches.
And Puan Junaidah gave a short, memorable speech on behalf
of the parents, mothers especially, and ATACE.
|
|
|
|
|
|
Guru Penyelaras Baru
Bermula 2 Februari 2007, Cikgu Norma Mohamad telah
meletakkan jawatan sebagai Guru Penyelaras Tahfiz SMIAA untuk
memulakan tugas baru beliau sebagai guru di SMI Hidayah di Skudai,
Johor. Kegigihan dan kesunggahan Cikgu Norma dalam mengendalikan
Program Tahfiz di SMIAA, walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan
dan cabaran, amatlah dihargai. Beliau telah mengasaskan
pengoperasian program tahfiz yang sistematik yang insya-Allah akan
menjadi asas kepada program tahfiz yang berjaya di SMIAA ini.
Guru
Penyelaras Tahfiz SMIAA yang baru ialah Cikgu Roslina Ramli. Beliau
ialah pelajar tahun akhir jurusan Bahasa Arab (Bahasa dan
Kesusasteraan), Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia. Cikgu Roslina Ramli mempunyai sanad
tilawah dan hafazan Quran yang diturunkan kepada beliau oleh Dato'
Syaikh Haji Ismail Bin Muhammad Al-Hafiz, Imam Besar Masjid Putra,
Putrajaya.
Latarbelakang akademik Cikgu Roslina adalah
seperti berikut:
-
Bachelor of Arabic (Language & Literature),
International Islamic University (2004-ongoing)
-
Bachelor of Tahfiz Wal-Qiraat, Universiti Al-Azhar,
Manshurah, Mesir (2003-2004)
-
Diploma of Tahfiz Wal-Qiraat (JAKIM) Darul
Quran (2000-2003)
-
Maahad Tahfiz Negeri Terengganu, Padang Midin,
Kuala Terengganu (1996-2000)
|
|
| |
|
|
| |
Kemasukan Baru Tingkatan Satu
Pada 2 Februari 2007, ATACE mengalu-alukan
kemasukan 27 orang pelajar-pelajar Tingkatan Satu untuk mengikuti
program tahfiz kita. Pelajar-pelajar ini dipilih daripada 86
pelajar-pelajar yang memohon dan telah menjalani temubual. Mereka
yang telah dipilih ini dibahagi-bahagikan kepada lima kumpulan
hafazan.
Selama dua bulan iaitu sehingga akhir bulan Mac, pelajar-pelajar baru ini
adalah dalam tempoh percubaan dan pemerhatian. Di akhir bulan Mac nanti, setelah
penilaian dibuat, satu kumpulan daripada lima kumpulan tersebut akan
digugurkan daripada program tahfiz ini. |
|
|
| |
Prestasi Pelajar Sepanjang
Tahun 2006
Prestasi pelajar-pelajar ATACE sentiasa dipantau
dan dinilai. Sekiranya prestasi dan pencapaian jatuh dibawah tahap
yang ditentukan, usaha-usaha pembaik pulihan akan dilaksanakan.
Sebagai seorang bakal hafiz Al-Quran, pelajar-pelajar ATACE perlu
mempunyai disiplin diri yang mantap agar mereka bersedia menjadi
pemelihara Al-Quran yang berwibawa, insya-Allah.
Ikuti laporan terperinci ... |
|
|
| |
Musabaqah Tahfiz Al-Amin 2007 (MUTA07)
 |
| Mohd Afif, pelajar Tingkatan 3, peserta
Tahap 2 (Juz 1-3, 28-30) sedang diuji diperingkat saringan
pada hari Rabu 10 Jan. |
Peringkat akhir Musabaqah Tahfiz Al-Amin
2007 (MUTA07) telah diadakan pada 20 Jan 2007, hari Sabtu,
pada jam 8 pagi hingga 2 petang bertempat di Lecture Theatre
1, Sultan Haji Ahmad Shah Mosque, UIAM. Saringan telah
diadakan pada hari Rabu 10 Jan dan Khamis 11 Jan dan 28 orang
pelajar-pelajar yang berjaya keperingkat akhir telah diumumkan pada hari Jumaat 12 Jan.
Idea untuk mengadakan musabaqah
tahfiz peringkat SMIAAG ini telah disebut dalam perjumpaan AJK Kelab
Kelas Tahfiz SMIAAG (ATACE) pada September 2006; perbincangan
terperinci dibuat pada perjumpaan ke-10 ATACE pada 8 Oktober 2006.
Perbincangan tersebut juga merupakan permulaan interaksi secara
terus diantara ATACE dan guru-guru Tahfiz.
Pada perjumpaan ATACE pada 8
Oktober 2006 itu juga perbentukan jawatankuasa MUTA07 dan lantikan
Pengarah dan Pengurus Projek, Puan Junaidah Ibrahim dan
Cikgu Roslina Ramli,
dibuat.
Tujuan MUTA07 diadakan adalah seperti berikut:
-
Memberi rangsangan kepada
pelajar-pelajar ATACE untuk bersaing bagi mencapai kecemerlangan
dalam usaha murni mereka untuk menjadi huffaz-huffaz yang
berintegriti dan berkualiti tinggi.
-
Mendedahkan pelajar-pelajar
kepada suasana kompetitif musabaqah seterusnya menilai kemampuan
relatif antara mereka.
-
Menjalin ikatan persaudaraan dan
permuafakatan antara warga ATACE--guru-guru Tahfiz,
pelajar-pelajar, ibubapa.
-
Menberi kesedaran kepada warga Al-Amin
mengenai potensi ATACE dalam menambah nilai kepada
pelajar-pelajar Al-Amin khususnya dan SMIAAG amnya.
Cerita selanjutnya
...
|
|
|
|
| |
 |
 |
Sumbangan tenaga
& kreativiti dialu-alukan
Alhamdulillah, besyukur kita kepada
Ilahi kerana pada hari ini, 12 Januari 2007, kita telah diberikan
kemampuan untuk bertapak di laman cyber. Marilah bersama-sama kita
memohon kepada Allah agar kita dapat manfaatkan fasiliti laman web
ini dengan sepenuhnya.
Laman web ini masih dalam pembinaan ... jadi
sekiranya sesiapa daripada kalangan warga Al-Amin, sama ada ibubapa,
guru, pelajar/bekas pelajar, atau pun sesiapa sahaja yang
berminat dan ingin menyumbang tenaga dan kreativiti dalam
membina laman web ini, saya mewakili barisan AJK Tahfiz SMIAAG/ATACE
amat mengalu-alukan. Anda boleh hubungi saya, Azizi Haji Abu Bakar,
melalui telefon 019-336 5096 atau emel kepada
azizi@cyberpoint.com.my.
|
 |
 |
|
|
| |
|
|
| |
Terima kasih. Anda adalah pelawat yang
ke ...
Free Counter |
|
|
|
| |
|
|
|
|
|