|
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Alhamdulillah, saya mengucapkan syabas kepada Kelab Kelas Tahfiz/ATACE
kerana berjaya mengadakan Musabaqah Tahfiz Al-Amin 2007 ini. Saya berharap
ia akan menjadi program tahunan sekolah kerana saya yakin program seperti
ini akan memupuk budaya semangat dayasaing, iaitu satu budaya yang positif,
dikalangan pelajar-pelajar kita.
Saya tidak akan berucap panjang kerana
masa adalah terhad; saya cuma mahu menyampaikan maklumat mengenai Tabung
Pembinaan Al-Amin dan bagaimana sumbangan tuan-tuan dan puan-puan kepada
tabung ini akan membantu program tahfiz Al-Amin.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Seperti
yang tuan-tuan sekalian maklum, Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad sedang
berusaha mengumpul dana untuk membina kompleks baru SMIAA bersebelahan
dengan lokasi sekolah sekarang. Seperti yang diumumkan oleh Pengetua tadi,
bangunan pertama yang akan dibangunkan ialah surau, insya-Allah. Dan,
insya-Allah, dana terkumpul sudah cukup untuk memulakan pembinaan surau
tersebut.
Berbagai-bagai usaha telah dibuat oleh
Jawatankuasa Tabung Pembangunan Al-Amin dan salah satunya ialah membuat
memohon sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri
Perlis (MAIP’s). Pihak MAIP’s telah bersetuju untuk menyumbangkan 4/8
daripada kutipan zakat yang pembayarnya meminta agar pihak MAIP’s menyumbang
kepada Tabung Pembinaan Al-Amin. Alhamdulillah, setakat inikaedah ini sangat
berkesan kerana ia tidak membebankan penyumbang kerana sumbangan dibuat
disamping mengeluarkan zakat, iaitu menunaikan satu kewajipan ugama.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Atas
permohonan PIBG dan setelah dibincangkan oleh Pusat Pendidikan Al-Amin BHD,
Jawatankuasa Tabung Pembangunan Al-Amin telah bersetuju sekiranya ibubapa
pelajar program tahfiz dapat mencari pembayar zakat yang bukan dari kalangan
kumpulan sasaran JK Tabung Pembangunan Al-Amin, 50% bayaran zakat yang
disumbangkan Tabung Pembinaan Al-Amin akan disalurkan sebahagiannya kepada
program tahfiz ini. Ini adalah salah satu usaha PIBG untuk meringankan
bebanan pembiayaan kos program tahfiz ini. Oleh itu, saya berharap ibubapa
sekalian mengambil peluang baik ini untuk menyumbang kepada program tahfiz
kita disamping menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat.
Tuan-tuan dan puan-puan. Dengan ini,
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, marilah kita bersama-sama merasmikan
majlis Musabaqah Tahfiz Al-Amin 2007 peringkat Sek Men Al-Amin.
|