Archive for July, 2007

Projek Kabin - Hari 19

Sunday, July 15th, 2007

Cabin project day 19

Pergi lawat kabin semalam, pukul 2:10 petang. Siling gantung dah siap dipasang dan pendawaian elektrik juga sudah selesai. Elektrik belum disambung lagi; En Yatim sedang mencari-cari point yang sesuai untuk tarik elektrik daripada bangunan sekolah. Cerita dan gambar-gambar seterusnya …

Wajah-wajah ceria pelajar ATACE

Saturday, July 14th, 2007

wajah ceria

Lepas lawat projek kabin pada hari Rabu 4-Julai-2007, saya panjat sekolah untuk jenguk guru-guru dan pelajar-pelajar ATACE. Sempat berbual dengan Ust Ayub mengenai isu disiplin pelajar. Ketika sedang berbual dengan Ust Ayub, pelajar-pelajar banin masing-masing duduk kat tepi tingkap, mata (dan juga hati) tengok padang, perlawanan bola liga Al-Amin.

Hampa rasa hati guru bila tengok telatah pelajar begini …

Tapi terubat hati saya bila tengok pelajar-pelajar banat. Hari dah pukul 5:30, mereka masih tekun bermuraja’ah, Alhamdulillah.

Projek Kabin - Hari 9 & 15

Saturday, July 14th, 2007

Minta maaf lambat buat laporan terkini kabin.

Saya pergi tengok kemajuan kerja kabin semalam, 13-Julai (Hari 18). Kontraktor tengah gantung siling. Pendawaian letrik dalam kabin dah siap.

Sayangnya saya tak bawa kamera jadi tak dapat nak rekod fotonya

Gambar-gambar hari 9 & 15.

Projek Kabin — Hari 7

Tuesday, July 3rd, 2007

Rangka bumbung dah siap

Pada hari Sabtu lepas, 30-Jun-2007, En Yatim memberitahu kami bahawa bumbung kabin bocor. Beliau cadangkan pasang bumbung genting–selesaikan masalah bocor dan juga menjadikan ruang dalam kabin lebih nyaman. Genting bumbung, insya-Allah dia akan cari genting bumbung guna semula (recycle) di bengkelnya di Sungai Pusu.

Gambar-gambar seterusnya di sini.

Sharing the joy of birth

Sunday, July 1st, 2007

Ust Abdul-Lahi Bolajoko & Ust Amin

The four of us (Ust Amin, Ustz Roslina, Pn Junaidah, and the writer) arrived at Ust Abdul-Lahi house just before 6pm. Ust Abdul-Lahi received us with delight and informed us that he has named his newborn daughter Halimah. He has another son, also born in Malaysia, two years old Abdul-Rahman.

Sis Halimah Abdul-Lahi BolajokoUst Abdul-Lahi wishes to thank the ATACE family for sharing in his joy. He prays that we will always be blessed and protected by Allah, ameen.