Archive for February, 2010

Pelajar al-Amin Banat Terbaik DQ

Friday, February 12th, 2010

Nabilah Ali (al-Amin)

Bekas pelajar al-Amin, Nabilah binti Mohd Ali, anak Ust Mohd Ali (SRIAAG) kita, telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang (banat) Program Diploma Darul Quran JAKIM pada Majlis Khatam Hafazan al-Quran 2010 pada 23 Januari 2010 baru-baru ini.

Beliau merupakan wakil al-Amin tunggal batch diploma tersebut dan Alhamdulillah telah mengharumkan nama al-Amin. Tahniah kepada beliau dan kepada Ust Mohd Ali sekeluarga. Kami warga al-Amin amat berbangga dan sungguh berbesar hati, Alhamdulillah.

Gambar di atas … Nabilah duduk paling hampir dengan kamera.

Pembentukan AJK Kelab Kelas Tahfiz PIBG-SRIAAG

Friday, February 12th, 2010

Pembentukan AJK KKT SRIAAG

9:29pm 11-Feb-2010–Kelab Kelas Tahfiz PIBG-SRIAAG (KKT) secara rasminya telah ditubuhkan pada Mesyuarat Agung PIBG pada 24-Jan-2010 baru-baru ini. Mesyuarat  KKT yang pertama diadakan malam tadi. Agenda utamanya ialah pembentukan AJK penggerak KKT.

Mesyuarat Pertama KKT PIBG-SRIAAG

9:31pm 11-Feb-2010–Alhamdulillah, mesyuarat dihadiri oleh beberapa orang ibubapa dan juga beberapa AJK KKT PIBG-SMIAA, Tn Hj Isa (Pengerusi KKT PIBG-SMIAA), Pn Junaidah, dan En Azizi.

Penggerak Utama KKT PIBG-SRIAAG

9:51pm 11-Feb-2010–Barisan penggerak utama KKT, En Mustaffa (Bendahari), En Umar (Timbalan Pengerusi), En Fadzli (Pengerusi), dan Tn Hj Isa.

Mesyuarat Pertama AJK KKT SRIAAG

9:53pm 11-Feb-2010–Sebahagian daripada ibu-ibu yang hadhir.

Mesyuarat Pertama AJK KKT SRIAAG

9:54pm 11-Feb-2010–Pn Junaidah memberikan “tips” dan kata-kata semangat kepada AJK KKT.