Program ATACE cuti Mei-Jun 2008
Pada cuti sekolah lepas, ATACE telah mengadakan tiga program untuk mengisi masa cuti sekolah dan memperkukuh hafazan murid-murid ATACE. Program-program tersebut diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS) UIAM bermula 26 Mei sehingga 4 Jun. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
Program Tahfiz Biasa—seperti biasa, murid-murid ATACE akan mengikuti program tahfiz pada sebahagian cuti persekolahan mereka. Pada cuti sekolah kali ini, program tahfiz dibuat lapan hari bermula pada 26 Mei hingga 30 Mei pada minggu pertama dan pda 2 Jun hingga 4 Jun pada minggu kedua. Semasa lapan hari ini, murid-murid tahfiz berada di Masjid SHAS bermula jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Mereka akan berkumpul di tepi Masjid SHAS untuk makan pagi, pukul 10 pagi, sekadar mengisi perut dan mengukuhkan seliturrahim antara mereka.
Program Qiyam—Program Qiyam pula diadakan pada hari Jumaat, 30 Mei, bermula jam 8 malam hingga ke subuh esoknya. Murid-murid bangun beramai-ramai pada jam 4:30 pagi untuk mendirikan solat tahajjud, hajat, dan solat Taqwiyatul Hifzi, solat sunat khas untuk memohon mengekalkan hafazan.
Program Muraja’ah Intensif—Program ini dibuat pada hari Sabtu 31 Mei bermula jam 8 pagi sehingga 5:30 petang.
Montaj foto Program ATACE cuti Mei-Jun ‘08 ini boleh dilihat di sini.
Alhamdulillah, sambutan murid-murid dan guru-guru kepada program-program cuti sekolah ini sungguh baik. Seramai 77 orang murid, 32 banin dan 43 banat, menyertai program ini. Sepanjang program di Masjid SHAS ini, murid-murid dan guru-guru ATACE diminta memakai kad pengenalan diri untuk keselamatan dan pengenalan.


Warga ATACE mengucapkan ribuan terima kasih kepada …
- Ustazah Roslina dan Ustaz Amin khasnya, dan guru-guru ATACE amnya, kerana menguruskan program-program cuti sekolah ini dengan baik.
- Murid-murid ATACE yang berusaha ikut serta semua program dan berkelakuan baik sepanjang perjalanan program.
- Ustaz Md Farid Samad al-Hafiz dan kakitangan Masjid SHAS kerana membenarkan kami menggunakan fasiliti Masjid SHAS untuk program ini. (Terima kasih juga kepada Tn Hj Abdul Rahim kerana menghubungkan ATACE dengan organisasi UIAM ini).
- Puan Sarifah dan En Fauzi yang menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk murid-murid ATACE sepanjang program. Kami sungguh berterima-kasih dengan perkhidmatan efisien Puan Sarifah, En Fauzi, dan kakitangan mereka. Waktu makan adalah antara aktiviti program yang amat dinanti-nantikan oleh murid-murid ATACE.

