Struktur Operasi Agar Mantap
Pada mesyuarat bersama Guru-guru Tahfiz pada 9-Jan-2010, ATACE membuat penyusunan semula struktur pengurusan operasi. Dua orang Penyelaras baru dilantik menjadikan kesemuanya empat orang Penyelaras di ATACE. Seorang Penyelaras mewakili ibubapa iaitu Puan Noor Liner, dua orang Penyelaras untuk SMIAA iaitu Ust Jumadi Abd Kadir dan Ustazah Nuur Aishah Hj Tolhah, dan seorang Penyelaras untuk SRIAAG iaitu Ustazah Roslina Ramli.
Ustazah Roslina Ramli merupakan Penyelaras ATACE sejak 2006. Beliau merupakan penggerak utama ATACE dan telah menyumbangkan sepenuh tenaga dengan komitmen yang tinggi kepada ATACE. Hasil dedikasi beliau dan Guru-guru Tahfiz dibawah pimpinan beliau, ATACE telah berjaya melahirkan huffaz ulung pada 2008, membuat aktiviti-aktiviti seperti lawatan ke Darul Quran dan Yayasan Restu, dan menganjurkan Musabaqah Tahfiz dan Program Apresiasi and Motivasi 1 (PAMi1).
Pada 2010 ini, pengalaman dan dedikasi Ustazah Roslina akan ditumpukan kepada Program Tahfiz SRIAAG. Insya-Allah, Program Tahfiz tahun dua dan tiga SRIAAG akan dimulakan pada 2010 ini. Bila digabungkan dengan murid-murid Tahfiz sedia ada ditahun empat dan lima SRIAAG, ia menjadi satu Program Tahfiz yang besar dan memerlukan tumpuan khusus dan pengendalian oleh seorang Penyelaras yang berpengalaman dan berdedikasi. Kami yakin, insya-Allah, berbekalkan pengalaman dan dedikasi Ustazah Roslina, serta kerja sama guru-guru dan pengurusan SRIAAG, dan kerja sama dan doa ibubapa, Program Tahfiz SRIAAG akan berjaya mencungkil dan memupuk bakal-bakal hafiz al-Amin.
Puan Noor Liner telah bertugas sebagai Penyelaras Tahfiz sejak pertengahan tahun 2009. Beliau menjadi tunggak utama penghubung ATACE dengan sekolah dan ibubapa. Merupakan seorang yang sangat menjiwai falsafah pendidikan al-Amin dan sentiasa mendekati sekolah, beliau dikenali oleh hampir kesemua warga al-Amin, SRIAAG and SMIAA. Tugas utama beliau ialah mengawal disiplin murid, mendekati dan mendorong murid-murid dan Guru-guru Tahfiz, dan juga membuat pungutan yuran tahfiz daripada murid dan ibubapa.
Ustaz Jumadi juga telah lama menjadi Guru Tahfiz di ATACE. Beliau merupakan seorang Guru Tahfiz yang berjaya dan telah dianugerahkan sebagai Guru Tahfiz contoh pada PAMi1. Sebagai Penyeleras, Ustaz Jumadi akan lebih menumpukan kepada hal-hal akademik, pencapaian murid, dan disiplin.
Ustazah Nuur Aisyah juga merupakan Guru Tahfiz yang telah bertugas lama di ATACE. Beliau juga adalah seorang Guru Tahfiz yang sungguh berdedikasi dan sistematik dalam menguruskan anak-anak murid Tahfiznya. Insya-Allah, sebagai Penyelaras, Ustazah Nuur Aishah akan memanfaatkan kebolehan beliau untuk kemajuan dan pembangunan ATACE.
Marilah kita bersama-sama memberikan sepenuh kerja sama kepada Penyelaras-Penyelaras kita dan mendoakan agar mereka dapat menguruskan operasi ATACE dengan jayanya, insya-Allah.

April 11th, 2010 at 9:34 pm
Как раз то, что нужно, буду участвовать. Вместе мы сможем прийти к правильному ответу….
……
April 12th, 2010 at 1:02 am
Мне очень жаль, ничем не могу Вам помочь. Я думаю, Вы найдёте верное решение. Не отчаивайтесь….
……
April 16th, 2010 at 2:02 pm
Я уверен, что Вы заблуждаетесь….
……