APA ITU ATACE …
Program Tahfiz SMIAA, yang sekarang ini dikenali sebagai al-Amin Tahfiz Center (ATACE), ditubuhkan pada bulan Julai 2004 atas inisiatif Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMIAA. Objektif penubuhan program tahfiz tersebut ialah untuk menghasilkan hafiz-hafiz teknokrat yang professional dan berwibawa.
Kumpulan pertama terdiri daripada 16 pelajar; guru-gurunya pula ialah daripada kalangan guru-guru SMIAA dan juga guru-guru sambilan.
Pada mulanya, program tahfiz ini dibiayai sepenuhnya oleh PIBG; tetapi, oleh kerana kos operasinya yang tinggi, pelajar-pelajar dikenakan yuran sebanyak RM100 sebulan.
Program Tahfiz—penambah nilai SMIAA
Mememenangi Musabaqah Tahfiz Lapan bulan selepas penubuhan Program Tahfiz di SMIAA ini, pada bulan Februari 2006, sekolah telah menghantar tiga (3) orang pelajar Program Tahfiz ini bertanding di musabaqah tahfiz yang dianjurkan oleh International Islamic School, UIAM. Pelajar-pelajar tersebut, Adibah Parman dan Abdullah Hafidz menjadi johan untuk kategori tiga (3) dan empat (4) juzuk, dan Mohammad Amir Saifuddin mendapat tempat ketiga untuk kategori dua (2) juzuk.
Menjana Pelajar Cemerlang Pelajar-pelajar Program Tahfiz ini biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam segala bidang. Walaupun mereka mempunyai jadual yang padat, Alhamdulillah, mereka masih mampu menjadi pelajar 10% teratas dalam bidang akademik dan menjadi ahli yang aktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.
Pendidikan Bersepadu + Tahfiz + Jalinan Kekeluargaan Program Tahfiz ini memberi peluang kepada ibubapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi hafiz dan hafizah al-Quran disamping mengikuti Pendidikan Islam Bersepadu al-Amin. Ia juga membolehkan ibubapa menjalin hubungan kekeluargaan yang ikrab dengan anak masing-masing sekurang-kurangnya sehingga anak mereka habis SPM di SMIAA.
Penubuhan ATACE
Proses pendaftaran ATACE dengan Pendaftar Pertubuhan telah dimulakan pada bulan Julai 2006. Ia bertujuan menyediakan infrastruktur organisasi pengurusan program tahfiz yang efektif dan mantap yang, insya-Allah, mampu menangani masa hadapan yang lebih mencabar.
ATACE Sekarang
Setelah tiga tahun beroperasi, program tahfiz ATACE ini telah berkembang dengan pesatnya. Sekarang ATACE mempunyai 83 orang pelajar dan 13 orang guru. Hakikatnya, masih ramai pelajar yang berminat mengikuti program tahfiz ini tetapi oleh kerana ATACE tidak mempunyai tempat dan juga tenaga pengajar yang cukup, permohonan pelajar-pelajar tersebut untuk mengikut program tahfiz ini terpaksa ditolak.