Program ATACE cuti Mei-Jun 2008

July 7th, 2008

Ustz Roslina & anak-anak murid

Pada cuti sekolah lepas, ATACE telah mengadakan tiga program untuk mengisi masa cuti sekolah dan memperkukuh hafazan murid-murid ATACE. Program-program tersebut diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS) UIAM bermula 26 Mei sehingga 4 Jun. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

Program Tahfiz Biasa—seperti biasa, murid-murid ATACE akan mengikuti program tahfiz pada sebahagian cuti persekolahan mereka. Pada cuti sekolah kali ini, program tahfiz dibuat lapan hari bermula pada 26 Mei hingga 30 Mei pada minggu pertama dan pda 2 Jun hingga 4 Jun pada minggu kedua. Semasa lapan hari ini, murid-murid tahfiz berada di Masjid SHAS bermula jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Mereka akan berkumpul di tepi Masjid SHAS untuk makan pagi, pukul 10 pagi, sekadar mengisi perut dan mengukuhkan seliturrahim antara mereka.

Program Qiyam—Program Qiyam pula diadakan pada hari Jumaat, 30 Mei, bermula jam 8 malam hingga ke subuh esoknya. Murid-murid bangun beramai-ramai pada jam 4:30 pagi untuk mendirikan solat tahajjud, hajat, dan solat Taqwiyatul Hifzi, solat sunat khas untuk memohon mengekalkan hafazan.

Program Muraja’ah Intensif—Program ini dibuat pada hari Sabtu 31 Mei bermula jam 8 pagi sehingga 5:30 petang.

Montaj foto Program ATACE cuti Mei-Jun ‘08 ini boleh dilihat di sini.

Murid-murid banat tekun menghafal.

Alhamdulillah, sambutan murid-murid dan guru-guru kepada program-program cuti sekolah ini sungguh baik. Seramai 77 orang murid, 32 banin dan 43 banat, menyertai program ini. Sepanjang program di Masjid SHAS ini, murid-murid dan guru-guru ATACE diminta memakai kad pengenalan diri untuk keselamatan dan pengenalan.

Adik Amirah Zulfa

M Afif Marzlan

Warga ATACE mengucapkan ribuan terima kasih kepada …

  1. Ustazah Roslina dan Ustaz Amin khasnya, dan guru-guru ATACE amnya, kerana menguruskan program-program cuti sekolah ini dengan baik.
  2. Murid-murid ATACE yang berusaha ikut serta semua program dan berkelakuan baik sepanjang perjalanan program.
  3. Ustaz Md Farid Samad al-Hafiz dan kakitangan Masjid SHAS kerana membenarkan kami menggunakan fasiliti Masjid SHAS untuk program ini. (Terima kasih juga kepada Tn Hj Abdul Rahim kerana menghubungkan ATACE dengan organisasi UIAM ini).
  4. Puan Sarifah dan En Fauzi yang menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk murid-murid ATACE sepanjang program. Kami sungguh berterima-kasih dengan perkhidmatan efisien Puan Sarifah, En Fauzi, dan kakitangan mereka. Waktu makan adalah antara aktiviti program yang amat dinanti-nantikan oleh murid-murid ATACE.

Selesai sudah PAMi, Alhamdulillah

July 7th, 2008

Saat-saat manis khatam 30 juzu'

Alhamdulillah, Program Apresiasi & Motivasi 1 (PAMi) ATACE telah selamat dan berjaya diadakan pada 1 Mei 2008 bertempat di LT5, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM.

Adik Mohd Irfan terima hadiah

Montaj foto PAMi boleh dilihat di sini.

PAMi dirasmikan oleh YM Ustaz Md. Farid b. Samad al-Hafiz, Pengurus/Imam Masjid SHAS, UIAM. Ribuan terima kasih kepada YM Ustaz Farid.

Barisan VIP

Dalam ucapan perasmiannya, YM Ustaz Farid berpesan agar bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita kerana boleh membaca dan menghafaz al-Quran. Apabila Allah pilih kita untuk jadi hafiz, ia bermakna Allah sayang kepada kita. Allah tidak azab orang yang dalam hatinya ada al-Quran. Beliau juga mengingatkan bahawa menghafaz al-Quran adalah sunat, tetapi mengingat hafazan adalah wajib.

Sebelum itu, Tuan Haji Dasuki Mohd, Pengerusi PIBG SMIAA memberikan ucapan pembukaan. Warga ATACE mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Tuan Haji Dasuki. Tuan Haji Dasuki menegaskan bahawa PIBG SMIAA komited dalam menentukan institusi ATACE ini berterusan. Ia selari dengan misi SMIAA iaitu melahirkan generasi al-Quran, insan Soleh wa Musleh. Sebagai Pengerusi PIBG SMIAA, visi beliau ialah “Satu rumah satu orang hafiz.”

Ustaz Jumadi menyampaikan penerangan mengenai “Kaedah Hafalan Al-Quran” ATACE. Penyampaiannya padat dan menarik. Terima kasih Ustaz Jumadi.

Saudara Mohd Zakil pula, AJK Kelab Kelas Tahfiz PIBG SMIAA, menunjukkan Sistem Pengurusan Tahfiz ATACE yang telah beliau bangunkan.

Sistem Pengurusan Tahfiz ini adalah satu sistem dalam talian (online) bagi mengurus dan memantau hafazan murid. Ini bermakna semua yang terlibat dengan ATACE—ibubapa, guru-guru, pelajar, penaung, penasihat, penaja—yang mempunyai akses kepada Internet boleh menggunakan Sistem Pengurusan Tahfiz (SPT) ini. Melalui sistem ini, ibubapa insya-Allah boleh memantau pencapaian hafalan terkini anak-anak mereka, di mana saja mereka berada, di pejabat ataupun di seberang laut, menggunakan PC ataupun PDA, asalkan mereka ada akses kepada Internet.

SPT ialah satu milestone dalam perjalanan ATACE, memanfaatkan teknologi maklumat dalam menguruskan operasi sebuah program tahfiz. Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki Sdr Mohd Zakil.

Guru-guru ATACE

ATACE ingin menyatakan penghargaan kepada individu-individu dan organisasi-organisasi berikut dalam menjayakan PAMi kali ini:

  1. Semua ibubapa, guru-guru, para murid, AJK ATACE, AJK PIBG, dan SMIAAG yang telah menyumbang kepada kejayaan murid-murid dan guru-guru ATACE serta seterusnya meraikan kejayaan mereka pada PAMi ini.
  2. Ustaz Md Farid bin Samad al-Hafiz dan semua kakitangan Pejabat Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM kerana membenarkan penggunaan LT5 dan kawasan sekitarnya dan juga menyediakan peralatan siaraya agar PAMi berjalan dengan lancar—seluruh warga al-Amin, khasnya ATACE, mengucapkan ribuan terima kasih. (Terima kasih juga kepada Tn Hj Abdul Rahim kerana menghubungkan ATACE dengan organisasi UIAM ini).
  3. Guru-guru, para ibubapa, dan para murid yang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan PAMi—bunga telur, buku cenderahati, perhiasan pentas, mobile internet connection, dan banyak lagi.
  4. Ustazah Roslina dan Ustaz Amin menyumbang idea, tenaga, dan masa tanpa mengenal jemu dan penat sejak mula perancangan PAMi hingga ke penghujungnya.
  5. Puan Roslina dan En Mohd Daud sekeluarga merupakan tunjang utama, the Project Directors and creative force, kepada PAMi—cuma Allah yang boleh membalas jasa mereka.
  6. Puan Sarifah dan En Fauzi sekeluarga yang menyediakan makanan yang sungguh menyelerakan dan perkhidmatan yang cekap, lengkap, dan efisien—semoga Allah memberkati mereka sekeluarga.

Pertukaran venue PAMi

April 30th, 2008

Banner PAMi

Insya-Allah, persiapan untuk Program Apresiasi & Motivasi 1 (PAMi) sedang rancak dijalankan. Pn Junaidah (ambil cuti) dan Pn Roslina masing-masing ligat menguruskan bits and pieces of everything sejak beberapa hari lagi.

Tengahari tadi, Sdr Abdul Rahim (Timbalan Pengerusi KKT/PIBG) telefon beritahu pertukaran venue dari LT3 kepada LT5. Katanya, audio visual di LT5 lebih baik berbanding LT3.

LT5 ni letaknya atas Cafe Babush, restoran Lebanese/Arab, tak jauh dari Masjid UIAM itu juga.

Marilah bersama-sama kita doakan agar PAMi berjalan lancar dan diberkati oleh Allah swt.

Program Apresiasi & Motivasi I

April 29th, 2008

Agenda PAMi

Insya-Allah, beberapa hari lagi aktiviti utama KKT pada tahun ini akan berlansung. AJK KKT dan guru-guru KKT sedang sibuk uruskan persiapan untuk program ini.

Program ini dianjurkan bertujuan meraikan pencapaian guru-guru dan anak-anak kita pada tahun 2007. Pada masa yang sama, program ini dibuat untuk memberikan pengisian dan pemantapan ilmu kepada bakal-bakal hafiz dan hafizah kita agar mereka menjadi para pemelihara al-Quran yang bersungguh-sungguh dan istiqamah. Insya-Allah, tabiat cemerlang ini dan keberkatan al-Quran akan membantu mereka cemerlang pada segenap bidang yang mereka ceburi.

Sokongan semua warga al-Amin kepada program ini amat kami harapkan. Mudah-mudahan kita akan mendapat keredaan daripada Allah dan syafaat al-Quran di akhirat kelak.

Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kenapa lama atace.org lenyap?

April 29th, 2008

Alhamdulillah, laman web kita kembali. Hilang selama sebulan kerana kecuaian saya (Azizi Haji Abu Bakar) menguruskan laman web ini. Saya mohon maaf kepada semua pengunjung setia.

Server dimana kita park laman web kita ni buat selenggaraan; saya terlepas pandang notis yang mereka hantar. Jadi kod PHP yang saya gunakan untuk aktifkan WordPress blog sebagai muka depan laman web kita outdated.  Puas usik semua setting, dan sibuk dengan kerja, saya tinggalkan laman web ni lenyap hampir sebulan.

Ada juga baiknya. Masa laman web ni down, Br Zakil (our computer expert) bina satu lagi laman web untuk Kelab Kelas Tahfiz, guna CMS Drupal, di server lain. Insya-Allah, saya akan usaha isikan content laman web tu selari dengan laman web ni dan kita akan umumkan laman web tersebut bila kontrak kita dengan server hosting provider kita sekarang tamat.

Memorization session in the cabin

February 14th, 2008

Memorizing session in the cabin

On the Federal Territory Day, since we were on leave, June and I took a peek at the Tahfiz Center’s Office Cabin. A tahfiz group, led by our Coordinator, Ustazah Roslina, filled up the cabin. It looked and sounded quiet from the outside but once we opened the door and went inside the sound of Quran recitations reverberated through the cabin. I counted 12 students.

Alhamdulillah, the cabin muffled outside noises making their memorization session pleasant. I wish we can have many more cabins, or similar spaces, like this for our tahfiz’s children. I wonder how much improvements it would bring to their performance.

One thing for sure, noises and disturbances steal away focus and snatch energy. That is why, we at the Kelab Kelas Tahfiz makes the alleviation of infrastructural issues as one of our main objectives.

For those who are new, the Tahfiz Center refurbished the cabin last year. When we got permission to use it in April 2007, the cabin posed a threat to the students of the school. The security guards found and killed two venomous snakes that made the dilapidated cabin their home. You can follow the illustrated cabin refurbishment project here … cabin project.

Kelab Kelas Tahfiz refurbished the cabin for RM4k and the Tahfiz Center started using it in July 2007. The cabin’s 20 by 10 feet space catered for many uses. It serves as the Tahfiz Center’s office, Instructors’ rest room, tahfiz students’ activity room, and tahfiz class.

Form 4 banin with their ball

Planning for the future …

February 13th, 2008

The leaders -- Isa & Rahim

We held our third AJK Kelab Kelas Tahfiz meeting on Jan 19, 2008 mainly to discuss the Tahfiz Center’s plans for this year. The Tahfiz Center faces another challenging year to raise enough funds to finance operations of the center. Fee alone covers only 80% of operational costs (assuming that we manage to maintain 90% collection rate).

A balanced reps ...

As we continue nurturing aspiring students to realize their dream of becoming huffazs, we actively make adjustments and improvements. It is a process that continues. And with new faces in the AJK, insya-Allah we have the resources to be resourceful and do our best to make the Tahfiz Center a success story.

After the meeting, we visited the cabin. The cabin looks ok especially now that one side of it was cleared for access road to the car parks by the river.

Rahim pulls grass ...

Lawatan ke Yayasan Restu

December 9th, 2007

banin

Warga ATACE melawat Yayasan Restu (YR), pembina manuskrip al-Quran Mushaf Malaysia, pada 8 Dec 2007. YR letaknya di Kompleks Taman Seni Islam Selangor berhampiran dengan masjid besar Shah Alam. Rombongan sebuah bas dan dua buah van—45 pelajar, 8 guru, 6 ibubapa, 1 kanak-kanak—sampai di YR pada pukul 9:30 pagi dan bertolak pulang, selepas solat Zohor di masjid Shah Alam, pada pukul 2:30 petang. Alhamdulillah, rombongan ini selamat pergi dan balik serta dilayan baik oleh pihak YR. Pengalaman dan ilmu yang ditimba di YR sungguh bermakna kepada warga ATACE.

banat

Agenda lawatan ringkas sahaja. YR menyambut kami dengan sesi fotografi berkumpulan di tangga lobi Taman Seni Islam, penerangan ringkas dan tayangan video korporat oleh Pn Darina Mukhsin, “guided tour” dewan-dewan pameran dan dewan kerja penyalinan al-Quran dan karya seni YR, dan diakhiri dengan makan tengahari di kantin YR.

Setelah makan tengahari, memandangkan bas belum lagi sampai, kami berarak ke Masjid Shah Alam, menyeberang Jalan Damai beramai-ramai. Tak lama selepas selesai sembahyang Zohor, bas sampai dan kami berangkat pulang ke al-Amin.

En Daud & familyKami ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada En Daud and Pn Roslina Mohamad, Jawantankuasa Kecil Aktiviti dan Program ATACE, kerana merancang dan menguruskan lawatan ini, aktiviti pertama ATACE pada tahun ini, dengan jayanya.

Pada pertengahan minggu sebelum hari lawatan, En Daud dan Pn Roslina sekeluarga ke Teluk Intan melawat ibu En Daud yang sakit. Mereka bergegas pulang ke KL malam sebelum lawatan kerana hendak menjayakan lawatan ini. Marilah kita doakan agar ibu En Daud cepat sembuh dan semoga Allah merahmati usaha dan pengorbanan mereka sekeluarga, ameen.

Terima kasih kepada Tn Hj Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi AJK ATACE, kerana sentiasa membuat panggilan susulan kepada kami sejak daripada mula merancang lawatan ke YR hingga ke akhir lawatan (semasa kami dalam perjalanan pulang ke al-Amin) dan menentukan pengendalian program lawatan ini kemas dan teratur. Beliau juga turut menyusun-aturkan rombongan semasa di al-Amin sebelum bas bertolak.

The ladies at the lobby

Terima kasih dan penghargaan juga kepada semua guru-guru ATACE yang ikut serta—Ustazah Roslina, Ust Amin, Ust Sharqawi, Ust Abdulahi, Ustazah Naim, Ustazah Naailah, Ustazah Muslihah, dan Ustazah Sakinah—dan AJK ATACE yang ikut serta—Pn Rubiah dan Pn Jamilah—serta senior Tingkatan Lima—Abdullah Hafidz Gazali (Ketua Pelajar SMIAA), M Aizuddin Abd Wahab (Pengerusi PETA) dan Ammar Sahrim. Kehadiran semuanya memeriahkan suasana dan menentukan keselamatan dan disiplin pelajar-pelajar kita terkawal.

The form five

Semasa lawatan, Ustazah Roslina dan Ustaz Amin ligat menguruskan lawatan dan mengawal pergerakan pelajar-pelajar. Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada mereka berdua.

Ustaz Abdullahi

Ustaz Sharqawi menghasilkan cenderahati yang cantik, tulisan khat ayat al-Quran, untuk dihadiahkan kepada YR. (Kami serahkan bahan-bahan cenderahati tersebut kepada Ustaz Sharqawi pukul 12:30 tengah malam, malam sebelum lawatan—Ustaz Sharqawi migraine masa tu). Semoga Allah memberkati sumbangan Ustaz Sharqawi.

Ustaz Abdullahi, pembaca doa tetap kita, membacakan doa sebelum bas bertolak dari al-Amin.

Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Pn Darina dan pegawai-pegawai YR kerana meraikan kami semasa lawatan tersebut.

Jemput lawat galeri foto lawatan ke YR ini di sini http://www.atace.org/yrvisit_1.htm

Mohon maaf daripada Ustaz Ahmad Nadzri

December 7th, 2007

Ustaz Ahmad NadzriUstaz Ahmad Nadzri menelefon saya pada pukul 12:10 pm. Nadanya marah hingga dia lupa perkenalkan diri. Dia rasa terpanggil untuk menelefon saya kerana posting saya yang bertajuk “Cabaran Pelajar-pelajar ATACE” menyentuh Kem Pra-Tahfiz kendalian beliau.

Terlebih dahulu, saya mohon maaf kepada Ustaz Ahmad Nadzri kerana posting saya itu mengandungi kata-kata yang menyentuh hati Ustaz, contohnya “menganak-tirikan”. Juga saya mohon maaf kepada Ustaz kerana petikan arahan Ustaz mengenai penggunaan tandas kepada pelajar-pelajar ATACE tersasar daripada kata-kata sebenar Ustaz.

Saya tabik Ustaz Ahmad Nadzri kerana respons beliau yang pantas menangani isu ini. Bukan sahaja beliau terus telefon saya bagi membetulkan fakta beliau juga telah segera mengaturkan penggunaan tandas dan membuat kertas tanda pemberitahuan.

Jelas sekali Ustaz Ahmad Nadzri ikhlas dalam tindakan beliau. Beliau risau, orang akan membuat tanggapan bahawa Kem Pra-Tahfiz dibuat untuk bersaing dengan ATACE. Dan beliau tekankan juga beliau langsung tidak berniat “menganak-tirikan” pelajar-pelajar ATACE—saya sekali lagi mohon maaf daripada Ustaz.

Tanda Tandas BanatSetelah berbincang dalam telefon dengan Ustaz Ahmad Nadzri, saya terus ke sekolah. Saya berjumpa dengan Ustaz Ahmad Nadzri sekali lagi. Kami bercakap mengenai perkara yang sama, kali ini eye-to-eye. Lepas itu, kami naik ke tingkat satu bangunan sekolah menengah. Ustaz Ahmad Nadzri tunjukkan kertas tanda dan saya ambil gambar untuk rekod laman web kita.

Cabaran pelajar-pelajar ATACE

December 7th, 2007

Sungguh mencabar menjadi pelajar-pelajar ATACE. Dikala kawan-kawan mereka yang lain sudah berminggu-minggu beraya sakan menikmati cuti sekolah, mereka masih taat bersekolah dan tekun menghafal al-Quran. Mereka mengaji beramai-ramai, mengalun dan menggetarkan ruang-ruang kosong di bangunan-bangunan sekolah dengan ayat-ayat suci al-Quran. Insya-Allah, ia menggamit malaikat berbondongan berhimpun ke sekolah al-Amin, memelihara dan memberkati sekolah kita.

Selasa lepas, pelajar-pelajar Tingkatan Lima menduduki kertas terakhir SPM. Jadi mulai hari Rabu, pelajar-pelajar ATACE mendapat cabaran baru. Mereka yang berseragam sekolah ini dipandang pelik—subjek SPM apa pulak yang budak-budak ni ambil?

Apabila Kem Tahfiz dimulakan di sekolah minggu ini, mereka tertekan lagi. Mereka dilarang menggunakan tandas-tandas di sekolah menengah kerana ia dikhaskan untuk pelajar-pelajar Kem Tahfiz. “Kalau nak ke tandas, pergilah ke tandas sekolah rendah. Kalau tidak, pandai-pandailah sendiri!” begitulah lebih kurang bunyinya arahan yang mereka terima.

Rasa sebak dan geram silih berganti. Mereka dianak-tirikan begitu walaupun dalam keadaan mereka taat pergi ke sekolah, berpakaian seragam sekolah, dan membuat aktiviti yang mulia di sisi Allah. Lagipun mereka ini membayar yuran sekolah sekurang-kurangnya sehingga bulan Disember.

Tengahari semalam, semasa bersiap-siap hendak ke sekolah untuk mengambil anak-anak saya, anak saya telefon, “Abah datang bawa pengikat plastik (cable tie) ya. Makcik kantin berleter kat kami pasal sampah budak tahfiz.”

Oh! Cabaran lagi, fikir saya.

Saya terus ke sekolah, saya minta kakak Pegawai Keselamatan kebenaran untuk bawa masuk kereta ke dalam kawasan sekolah, dan saya pandu masuk kereta ke arah kantin. Anak saya tunjuk dua tong sampah yang berisi plastik sampah yang penuh dengan piring polistirena pakai buang. “Makcik kantin tak nak buangkan sampah tu dan tak bagi buang kat tempat sampah kat belakang tu sebab tahfiz pakai katering luar,” kata anak saya.

Makcik kantin tu juga leterkan pelajar-pelajar ATACE kerana menggunakan kain buruk kantin untuk mengesat meja. Jadi, anak saya beritahu, tadi dia dah masukkan tiga kain buruk ke dalam beg tahfiznya untuk dibawa esok. Lepas makan esok, dia dan kawan-kawannya akan gunakan kain-kain buruk tersebut untuk kesat meja.

Saya ponjot mulut beg-beg plastik sampah tu dan campakkannya ke belakang kereta. Ringan aje sebab ia hanya piring-piring polisterina. Saya buang beg-beg sampah tu di tempat pembuangan sampah dalam perjalanan pulang.